Posts

Showing posts from April, 2023

PENGHARGAAN

Image
  Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan izinnya kami dapat menyiapkan tugasan bagi kod subjek Etika dan Peradaban(MPU21032) ini dengan jayanya. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zulkifli Bin Awang Besar kerana telah membimbing kami dalam menyiapkan tugasan ini.Selain itu,saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini. Akhir sekali,kami berharap agar tugasan ini dapat memberikan manfaat kepada orang yang telah membacanya.

AHLI KUMPULAN

Image
  MUHAMMAD ISKANDAR BIN MOHD RODHI (04DET22F1999) MUHAMMAD FARHAN BIN SHUHAIZI (04DET22F1032)                                            MUHAMMAD AFIF ZUNURRAIN BIN ZAHARI      (04DET22F1113)

PENGENALAN PERPADUAN MALAYSIA

Image
 PENGENALAN PERPADUAN MALAYSIA Pengenalan : Perpaduan Negara Perpaduan negara merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan di kalangan masyarakat merupakan elemen penting bagi menjamin perpaduan negara memandangkan rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbeza agama, berlainan bangsa  dan kebudayaan.  Justeru, hidup bermasyarakat dalam kalangan komuniti berbilang kaum dan agama tidak boleh dipandang remeh. Ia perlu berpaksi kepada Dasar Perpaduan Negara supaya tidak berlaku perselisihan faham yang boleh mengancam keamanan dan keharmonian negara seperti tragedi rusuhan kaum 13 Mei.

OBJEKTIF

 OBJEKTIF PERPADUAN MALAYSIA Ekoran dari perbezaan dan kepelbagaian masyarakat majmuk, usaha ke arah mewujudkan perpaduan di negara ini perlu  mempunyai integrasi berterusan.Dasar Perpaduan Negara telah menetapkan strategi jangka panjang yang menggariskan usaha berterusan untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan rakyat. Dasar Perpaduan Negara mempunyai tiga objektif utama iaitu: i. mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara  ii. membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat menghormati dan bertanggungjawab;  iii. melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.

4 LANGKAH YANG BOLEH MENYATUPADUKAN KAUM-KAUM YANG TERDAPAT DI NEGARA KITA

Image
 LANGKAH 1:MENGANJURKAN RUMAH TERBUKA Usaha atau langkah untuk memupuk perpaduan kaum bagi membina negara yang harmoni adalah unsur terpenting di negara yang mempunyai masyarakat majmuk  seperti Malaysia. Ia perlu mengambilkira sensitiviti setiap kaum dan bangsa agar semua pihak berpuas hati dan merasa selamat untuk tinggal di bumi Malaysia. Sehubungan dengan itu, di antara langkah-langkah yang boleh menyatupadukan kaum-kaum yang ada di Malaysia  ialah menganjurkan majlis rumah terbuka, contohnya semasa musim perayaan seperti Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dan Rumah Terbuka Deepavali.  Rakyat berbilang kaum dan berbeza latar belakang yang menghadirkan diri di rumah terbuka akan berhubung antara  satu sama lain. Mereka akan berinteraksi sesama kaum dalam majlis sebegini dengan meraikan perbezaan dari segi bahasa, budaya termasuk makanan dan pakaian.  Sekaligus, cara ini membantu  memperkasakan hubungan antara kaum di M...

BAGAIMANAKAH BAHASA MELAYU BOLEH DIJADIKAN BAHASA PERPADUAN ANTARA KAUM

Image
 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN ANTARA KAUM Menurut sejarah, bahasa Melayu merupakan lingua franca di zaman Kepulauan Nusantara. Ini melayakkan ia diangkat sebagai bahasa kebangsaan  dan digunakan secara rasmi di seluruh negara. Seperti yang telah dinyatakan, perpaduan adalah sangat penting bagi menjamin keharmonian negara, terutama bagi masyarakat majmuk atau pluraliti di Malaysia.  Selain dari medium lain, bahasa Melayu juga boleh menjadi pengantara kepada perpaduan kaum. Tambahan pula, bahasa Melayu juga mudah dipelajari dan difahami. Apatah lagi bahasa Melayu mempunyai bilangan penutur yang paling ramai di Malaysia.  Kesanggupan masyarakat pelbagai etnik menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam urusan rasmi, urusan perniagaan mahupun perbualan seharian telah mewujudkan kehidupan berkomuniti yang harmoni.

VIDEO PERPADUAN KAUM

Image
 

RUJUKAN

 1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan 2. https://www.perpaduan.gov.my/images/document/penerbitan/Dasar_Perpaduan_Negara-1.pdf 3. https://www.slideshare.net/asrrien79/perpaduan-kaum-55449324 4. https://www.slideshare.net/asrrien79/perpaduan-kaum-554493245.https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perpaduan-kaum-di-malaysia-harus-ditekankan-dalam-program-diplomasi-budaya-351376 5. https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html 6. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/605018/perpaduan-kaum-di-malaysia-perlu-terus-utuh

PENUTUP

 PENUTUP Kesimpulannya, kesejahteraan rakyat  tanpa mengira kaum akan dapat dicapai sekiranya semua rakyat bersatu-padu. Rakyat berbilang kaum akan dapat menikmati kehidupan yang sempurna ekoran dari perpaduan yang  erat.  Pelbagai usaha atau langkah dalam setiap aspek termasuk sosial dan ekonomi telah dilakukan bertujuan untuk mengurangkan lagi jurang perbezaan antara kaum, wilayah dan negeri supaya perpaduan nasional dicapai.         Akhir sekali, perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus diberi perhatian bagi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.