OBJEKTIF

 OBJEKTIF PERPADUAN MALAYSIA


Ekoran dari perbezaan dan kepelbagaian masyarakat majmuk, usaha ke arah mewujudkan perpaduan di negara ini perlu  mempunyai integrasi berterusan.Dasar Perpaduan Negara telah menetapkan strategi jangka panjang yang menggariskan usaha berterusan untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan rakyat. Dasar Perpaduan Negara mempunyai tiga objektif utama iaitu:

i. mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara

 ii. membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat menghormati dan bertanggungjawab; 

iii. melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.

Comments

Popular posts from this blog

AHLI KUMPULAN